Baru Lahir! Jumlah Pengikut Instagram Bayi Amyra & Amar Sangat MENGEJUTKAN!!

Loading...

Baru Lahir! Jumlah Pengikut Instagram Bayi Amyra & Amar Sangat MENGEJUTKAN!!

Semalam, menerusi Facebook Hangat.com, kami telah kongsikan khabar gembira mengenai Amyra Rosli yang telah selamat melahirkan bayi lelaki. Perkhabaran tersebut telah diumumkan Amyra menerusi Instagram nya.

Puluhan Ribu Pengikut Instagram

Dengan menyambut kehadiran cahaya mata pertama, Amar Baharin dan Amyra Rosli dari awal sudah membuka akaun Instagram untuk anaknya yang masih dalam perut.

Sehingga artikel ini ditulis, pasangan itu mencipta akaun Instagram untuk anaknya yang dinamakan @Amyramarjr sudah mempunyai pengikut seramai 25.5k orang. Wah! semakin popular lah lepas ni.

Bersalin Secara Normal

Menurut ibu Amyra yang juga pengurus beliau menerusi sumber Mstar , Amyra selamat melahirkan bayinya pada jam 12.07 lelaki dan telah bersalin secara normal di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur. Tambah beliau, Amyra dijangka bersalin pada 25 Oktober ini namun nampaknya cahaya mata mereka seperti tidak sabar untuk keluar.

Amar Paling Gembira

Bapa mana yang tidak gembira dengan kelahiran bayi mereka apatah bayi yang pertama. Kegembiraan ini turut dikongsi oleh pelakon Amar Baharin yang sudah lama menanti kelahiran bayi mereka. Pasangan ini bernikah pada 11 November 2016 dalam sebuah majlis yang diadakan di Hotel Premiera, Kuala Lumpur.

Cukup teruja dengan berita kehamilan Amyra, kedua-dua mereka telah membuat persiapan awal termasuklah membuat sebuah akaun Instagram untuk anak mereka. Walaupun baru sahaja  dilahirkan, akaun bayi mereka sudah mempunyai 25.3 ribu pengikut di Instagram.

Begitu hebat sekali penangan anak selebriti ini ya? Apa pun kami di Hangat.com ingin mengucapkan tahniah buat Amyra dan Amar atas kelahiran bayi mereka. Buat Amyra pula, selamat berpantang!

Loading...