Keluarga Angkat Jahanam!!!

Loading...

DUA kanak-kanak perempuan dipercayai didera secara fizikal dan seksual oleh keluarga angkat di Sungai Bayor, Selama, kelmarin.

Penderaan terhadap dua beradik malang berusia 5 dan 6 tahun terbabit dikesan pada 4 petang Isnin lalu selepas pihak Kilinik Kesihatan Sungai Bayor membuat pemeriksaan kesihatan terhadap mereka di tadika di kawasan berkenaan.

 Susulan kejadian itu tiga beranak ditahan membabitkan wanita berusia 44 tahun yang juga ibu angkat mangsa serta remaja perempuan berusia 15 tahun dan remaja lelaki berusia 16 tahun bagi membantu siasatan kes dera terbabit.
Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lai berkata, jururawat yang memeriksa kanak-kanak berkenaan menemui kesan kecederaan lama di tangan mangsa berusia lima tahun dan kecederaan di belakang seorang lagi mangsa serta kesan parut lama disyaki dirotan.

“Kedua-dua kanak-kanak itu dalam jagaan pihak keluarga angkat dan mangsa juga didapati dalam keadaan trauma.

Sumber: MyMetro

“Hasil siasatan awal mendapati kedua-dua mangsa adalah anak angkat yang diambil daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sejak Mei 2015,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Hospital Selama untuk pemeriksaan dan hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan rotan, dicucuh bara rokok di bahagian badan dan kesan cubitan serta luka pada kedua-dua kemaluan mangsa dan juga kesan kemasukan pada kemaluan.

“Kedua-dua mangsa kini dirujuk ke Hospital Taiping untuk pemeriksaan lanjut oleh pakar,” katanya.

Loading...