Kiriman video dari seorang Doktor saat melakukan operasi pada seorang budak berusia 4 thn.

Loading...

Awasi anak2 anda!!! seram puka sampai mcm2 ada dlm perot dia! budak2 memang suka masukkan benda dlm mulut… 🙁

Kiriman video dari seorang Doktor saat melakukan operasi pada seorang budak berusia 4 thn.. Dalam perut anak tsb ditemukan beberapa benda diantaranya :
– Lighter
– Bateri
– Brg mainan
– dll

P/S : Perhatikan cucu atau anak2 ketika bermain.

Sumber : FB

Tanda kanak-kanak sedang tercekik, dan perlu bantuan serta merta:

1) Tidak boleh bercakap dan menangis.

2) Muka menjadi biru.

3) Memegang tekak dan minta bantuan.

4) Kelihatan panik.

5) Tidak sedarkan diri.

Sumber : Astro

BILA ANDA PERLU BAWA ANAK KE KECEMASAN

1) Batuk yang berterusan, susah untuk bernafas dan menelan.

2) Kanak-kanak mula menjadi biru; tidak sedarkan diri, walaupun kelihatan seperti sudah pulih.

3) Jika anda berasa kanak-kanak itu menelan objek yang bahaya seperti mainan atau bateri.

LANGKAH PENCEGAHAN

1) Elakkan memberi makanan yang berisiko (seperti buah anggur, kismis, gula-gula, kacang) – makanan yang mempunyai saiz dan bentuk sama dengan laluan pernafasan kanak-kanak.

2) Ketika makan, berikan kanak-kanak makanan dalam kuantiti sedikit, mudah dikunyah. Ini bermaksud kita perlu memotong makanan itu kepada saiz yang kecil. Kanak-kanak juga perlu diajar untuk duduk ketika makan dan tidak bercakap atau ketawa ketika makanan di dalam mulut.

3) Mainan dan barang rumah juga boleh menjadi merbahaya terutamanya duit syiling, manik, mainan yang kecil, dan lain-lain. Pastikan barangan seperti ini tidak berada di kawasan anak sedang berada.

4) Pilih mainan yang sesuai untuk umur kanak-kanak. Pastikan mainan itu menepati cadangan umur dari pihak pengeluar kerana beberapa mainan mungkin terlalu kecil. Sebarang mainan atau objek yang lebih kecil dari saiz bola golf berpotensi menyebabkan kakank-kanak tersedak atau tercekik.

Loading...