Lelaki Ini ‘Sound’ Datuk Siti Nurhaliza Suruh Tanya Datuk K Bila Nak Pergi Ke Palestin Bantu Rakyat Di Sana

Loading...

Baru-baru ini kecoh apabila satu video pergaduhan antara Pemuda UMNO dan Pemuda Bersatu yang menjadi viral di media sosial. Video tersebut menjadi perhatian ramai pihak malah golongan artis juga turut memberi komen.

Sumber : KakiShare

Penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza juga turut memberi komen mengenai video tersebut di laman Instagram @yasinsulaiman yang memuat naik gambar kekecohan yang berlaku antara Pemuda BERSATU dan Pemuda UMNO. Berikut adalah kenyataan penuh exco Pemuda Umno tersebut.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand Azha dalam satu kenyataan di Facebooknya mengulas komen tersebut dan menggesa penyanyi nombor satu negara itu bertanya kepada suaminya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) bila hendak ke Gaza Palestin dan membantu rakyat di sana.

Beliau menjelaskan lagi Siti Nurhaliza harus tahu, pihaknya memang berani malah sudah beberapa kali ke bumi Gaza, Palestin untuk menghulurkan bantuan kepada rakyat Palestin yang menderita.

Malah beliau juga turut memuat naik video di laman Youtube untuk membuktikan bahawa Pemuda Umno telah ke Gaza Palestin ketika misi menghulurkan bantuan yang dijalankan mereka.

Loading...