Menitis Air Mata, Baru 10 Tahun Dah Pandai Buat Suprise Untuk Abah..

Loading...

Alahai, terharunya! Sejuk perut ibu yang mengandung.

Mungkin itulah yang dirasakan oleh ibu ini apabila anak perempuannya yang cuma berusia 10 tahun sudah mula menunjukkan minat memasak.

Bukan itu sahaja, anaknya bernama Auni itu juga turut membuat ‘surprise’ untuk bapanya dengan menulis nota seperti berikut:

“Abah lauk ni Auni yang masak. Tanpa bantuan ibu langsung tapi Auni tak tahu ia sedap ke tak.

“Yang penting abah kena makan..”

Begitulah nota yang ditinggalkan di atas meja. Tak tahulah bagaimana terkejutnya bapa Auni nanti ya!

Berkongsi hal itu adalah ibunya, Maziah yang memuat naik gambar ikan masak sambal tumis sos di grup Nak Masak Apa Hari Ini.

“Alhamdulillah hari ini makan malam cuma lauk ini je..anak yang masak..

“Ibunya sebuk ngemas, dia minta izin nak masak..saya pun bagi je lah.. tak tahu la dia nak masak apa dan tak tahu pula dia nak surprise abah dia..”

Memang menunya ringkas, ikan goreng yang dimasak sambal tumis penuh dengan sos dan juga kuah. Namun yang penting, ia adalah satu perbuatan yang sangat baik terutama bagi anak-anak yang semakin membesar.

Tidak ada salahnya ibu bapa mendorong anak membuat kerja dapur. Bukanlah membuli, mendera atau pun mengarah sahaja. Ia untuk kebaikan anak itu sendiri untuk masa depan.

Hal tersebut juga mendapat sokongan dan pujian daripada netizen.

Seterusnya : Wanita dipukul dengan kayu hoki oleh keluarga mertua

Loading...