SAYU.. Bapa yang tenat lakukan perkara ini bagi tunai hasrat untuk bersama anak perempuan pada hari perkahwinannya nanti..

Loading...

SAYU.. Bapa yang tenat lakukan perkara ini bagi tunai hasrat untuk bersama anak perempuan pada hari perkahwinannya nanti..

Seorang bapa yang tenat telah menunaikan hasratnya yang ingin membawa anaknya berjalan menuju ke altar perkahwinan dalam sebuah majlis perkahwinan olok-olok.

Ianya merupakan satu saat yang sangat menyentuh hati dan perkara ini telah dicadangkan oleh jurugambar, Lindsey Villatoro.

Jim Zetz, 62 tahun, sedang menghidapi kanser pankreas dan berada dalam tahap kritikal. Keluarganya semua sudah mengetahui bahawa bapa mereka tidak akan bersama dengan mereka tidak lama lagi.

Berita yang menyedihkan itu menyebabkan mereka membuat keputusan untuk mengambil gambar potret keluarga terakhir. Villatoro juga merasakan, sebagai jurugambar, dia ingin memberi sumbangan kepada keluarga itu.

Di situlah dia mendapat idea untuk mengadakan majlis perkahwinan olok-olok buat satu-satunya anak perempuan Jim yang berusia 11 tahun.

Villatoro telah mengumpul wang yang secukupnya agar majlis itu boleh diadakan, lengkap dengan dekorasi dan kek.

Apabila hari istimewa itu tiba, Josie, anak perempuan Jim, telah memakai gaun perkahwinan yang sungguh cantik. Dia telah mengambil tangan bapanya dan berjalan menuju kepada paderi yang sedang menunggu.

Ianya sangat menyentuh hati apabila paderi itu berkata, bapa Josie mungkin tidak dapat melihat anak perempuannya berkahwin tetapi dia berada di sini pada hari ini untuk membawanya berjalan menuju ke altar.

Pastor Gary Gilbraith, yang menjadi paderi majlis itu menambah lagi dan berkata, hubungan anak perempuan dan ayah merupakan satu hubungan yang sangat penting dalam hidup.

Mereka kemudiannya mengumumkan ‘Daddy & Daughter’ dan Jim menyarungkan cincin di jari telunjuk anak perempuannya itu. Bagi Josie, ia merupakan satu saat yang sangat menyentuh perasaan sehingga dia menangis, memeluk bapanya.

Semua ahli keluarga yang hadir sangat tersentuh dengan saat itu. Bagi Jim, ianya merupakan perkara yang terbaik yang boleh dilakukan olehnya sebelum dia meninggal dunia.

Menurut Jim lagi, ianya bukan perkara yang mudah untuk dilakukan tetapi, dia tidak sesal melakukan perkara itu. Ini kerana, dalam masa dua puluh tahun, dia akan berkahwin dan dia akan gembira dia pernah berjalan dengan bapanya menuju ke altar.

Sumber: Era Baru

Loading...