Surat Menyayat Hati Seorang Ibu Tentang Anaknya Yang Meninggal Akibat Kanser..

Loading...

Dua bulan sejak saya memeluk anda dalam dakapan saya, mendengar kata-kata sayang, dan menciummu. Dua bulan ini bagaikan neraka.

Sebenarnya, sudah lama saya mahu menulis tentang Nolan; tentang anak saya yang sungguh menakjubkan walaupun pada saat-saat terakhir kehidupannya.

Teringin hati untuk menulis tentang keindahannya, dan tentang kesucian insan ini. Surat ini sangat panjang, dan saya harap kalian boleh bersabar dengan saya.

Ketika membawa Nolan ke hospital untuk kali terakhir, saya rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena dengan tubuhnya selain daripada kes C-DIFF yang berlarutan.

Saya cuma tahu, dan peliknya, saya rasa Nolan tahu juga. Dia sudah tidak makan atau minum apa-apa untuk beberapa hari dan asyik muntah.
 
Pertumbuhan Tumor

Pada 1 Februari, kami telah mengadakan mesyuarat dengan semua pakar perubatannya. Dengan sedih, pakar Onkologinya yang kian lama telah berjuang bersama kami, memberitahu bahawa CT scan Nolan menunjukkan banyak tumor telah tumbuh di sekitar tiub bronkial dan jantungnya selepas pembedahan jantung terbuka 4 minggu lalu. Tumor-tumor ini sedang memampatkan organ-organnya.

Mestatic Alveolar Rhabdomyosarcoma (Tumor) itu telah merebak dan pakar Onkologi telah menjelaskan bahawa kanser Nolan tidak boleh dirawat lagi kerana ia sudah menjadi kebal kepada semua kaedah rawatan.

Pilihan terakhir adalah untuk memastikan dia dalam keadaan yang selesa kerana kesihatannya akan bertambah buruk.

Selepas berjaya untuk menenangkan diri, saya masuk ke dalam bilik Nolan. Dia sedang duduk di kerusi saya sambil menonton YouTube menggunakan tabletnya. Saya duduk bersebelahannya, lalu berkata:

Saya: Sakit kan apabila sayang bernafas?
Nolan: ummm …. ya.
Saya: Sayang dalam kesakitan?
Nolan: (memandang ke bawah) Ya.
Saya: Kanser ini tak bestlah. Sayang tidak perlu berjuang lagi.
Nolan: (dengan gembira) Betul ke ??!! Tetapi saya akan berjuang untuk Mama !!
Saya: Adakah itu yang kamu lakukan selama ini?? Berjuang untuk Mama ??
Nolan: Mestilah !!
Saya: Nolan, apakah tugas Mama?
Nolan: Untuk memastikan saya SELAMAT! (Dengan senyuman besar)
Saya: Sayang … Mama tidak boleh menjaga keselamatan kamu lagi di sini. Satu-satunya cara anda boleh selamat adalah di syurga. (Dengan hati luluh)
Nolan: Jadi, saya hanya perlu pergi ke syurga dan bermain sehingga Mama sampai ke sana! Mama akan datang kan?
Me: Sudah tentu !! Nolan jangan ingat boleh menyingkirkan Mama.
Nolan: Terima kasih Mama !!!

Dia tidur kebanyakan hari selepas itu. Kami telah mula memindahkan semua peralatan hospitalnya ke rumah. Saya tidak boleh menjelaskan perasaan sebagai seorang ibu ketika menandatangani borang Tindakan Kecemasan “Jangan Pulihkan”.

Sumber: PenMerahPress

Ketika dia bangun kami sudah bersedia untuk balik ke rumah malam itu, tetapi Nolan telah berkata “Tidak mengapa Mama, kita tinggal sini je boleh tak?” Wira saya yang berumur 4 tahun cuba memudahkan segalanya untuk saya.

Jadi kami pun bermain, tidur, menonton YouTube, main tembak-tembak dan senyum bersama-sama sebanyak yang boleh. Kami berbaring di atas katil bersama-sama dan dia telah melakarkan bagaimana dia mahu pengebumiannya. Surat wasiat pun sempat ditulis.

Kira-kira 9 malam, saya telah tanya Nolan jika saya boleh pergi mandi, kerana Nolan tidak suka ditinggalkan. “Ummmm baiklah Mama. Biar pakcik duduk dengan saya dan saya akan mengarahkan pandangan saya ke pintu bilik mandi supaya dapat melihat kamu”, katanya.

“Mama akan keluar dalam masa dua saat.” kata saya. Dia tersenyum, dan saya pun menutup pintu bilik mandi. Mereka memberitahu saya, sejurus bunyi klik pintu tutup, Nolan telah menutup matanya.
“Dia sedang tidur lena. Dia tidak boleh merasa apa-apa”

Apabila saya membuka pintu, semua orang sedang berdiri sekeliling katil Nolan. Setiap muka menghadap ke arah pintu dan memandang saya dengan air mata di dalam mata. “Dia sedang tidur lena. Dia tidak boleh merasa apa-apa”.

Paru kanannya sudah berhenti berfungsi dan Nolan seperti susah bernafas.

Saya bergegas ke tepi katil dan meletakkan tangan saya pada mukanya. Kemudian satu keajaiban berlaku …. Nolan membuka mata, menoleh ke arah saya, tersenyum dan berkata “Saya sayang Mama.” Itulah kata-kata akhirnya.

Pada 11:54 malam Nolan telah meninggal dunia dengan suara nyanyian saya di telinganya.

Saya fikir balik semua yang Nolan telah lakukan dalam tempoh 4 tahun yang singkat dia masih hidup dan hanya boleh memikirkan apa yang dia mungkin capai jika dia hidup lebih lama.

Image may contain: 1 person, flower, plant, outdoor and nature

Malangnya disebabkan penyakit kanser, dunia ini dan keluarga kami kehilangan seorang yang penuh kasih sayang, yangsuka melindungi dan berkhidmat. Kita perlu adakan pembiayaan, penyelidikan, rawatan yang lebih baik untuk kanser.

Di bawah adalah gambar anak saya yang takut untuk meninggalkan saya, walaupun saya mandi. Sekarang, saya yang takut untuk mandi, kerana melihat tikar kosong yang dulu selalu ada seorang budak kesayangan yang berbaring disitu sambil menunggu ibunya.

Sumber: Facebook Nolan StrongThe Asian Parent

Loading...