[TERKINI] WAJIB TAHU INILAH JADUAL TARIKH BAYARAN BR1M 2018, BOLEH SEMAK DI SINI.

Jadual Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia. Ramai penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia yang ingin mengetahui bila tarikh pembayaran BR1M tahun 2018. Untuk tahun ini, Tarikh Pembayaran BR1M 2018 atau jadual pembayaran akan dibuat seperti tahun lepas iaitu sebanyak 3 kali ansuran kecuali kategori bujang, yang dibayar hanya sekali. Untuk makluman, permohonan baru dan kemaskini BR1M 2018 adalah dari 27 November sehingga 31 Disember 2017. Makluman terkini, Kementerian Kewangan memaklumkan yang tempoh pendaftaran BR1M 2018 akan dilanjutkan sehingga 25 Januari 2018 (Khamis)

Menerusi pengumuman Bajet 2018 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri pada 27 Oktober 2017 yang lalu, jumlah bayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk semua kategori penerima. adalah sama seperti tahun 2017. Ini bermakna, jumlah bayaran BR1M adalah berjumlah dari RM450 sehingga RM1,200 bergantung kepada kategori penerima.

Jadual Pembayaran BRIM 2018 Bantuan Rakyat 1Malaysia

Berikut dikongsikan jadual/ tarikh pembayaran BR1M 2018 berdasarkan kepada kategori penerima bantuan. Tarikh akan dikemaskini dari masa kesemasa selepas makluman rasmi dari Portal e-BR1M.

Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Semua Kategori

1. Kategori 1 : Individu Bujang Pendapatan Bawah RM2k

Jumlah Bantuan RM450

Februari 2018 : RM450 (Akan dikemaskini)

2. Kategori 2 : Isi rumah (Pendapatan Bulanan di antara RM3,001 hingga RM4,000 sebulan)

Jumlah Bantuan RM900

Ansuran Pertama : RM300 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)

Kedua : RM300 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)

Ansuran Ketiga : RM300 : Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

3. Kategori 3 : Isi rumah Pendapatan Bawah RM3k

Jumlah Bantuan RM1,200

Ansuran Pertama : RM400 : Februari 2018 (Akan dikemaskini)

Kedua : RM400 : Jun 2018 (Akan dikemaskini)

Ansuran Ketiga : RM400 :Ogos 2018 (Akan dikemaskini)

Nota Penting Skim Khairat Kematian BR1M (SKK)

Skim Khairat Kematian sebanyak RM1,000 hanya layak diberi kepada waris yang didaftarkan di Bahagian Maklumat Waris penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas yang meninggal dunia di dalam tempoh 1 Januari 2017 sehingga 31 Disember 2017. Cara buat tuntutan, klik SKK.

Waris perlu membawa dokumen berikut:

Sijil Kematian asal atau salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara(JPN)

Kad Pengenalan Asal Waris

Dokumen pembuktian pertalian antara penerima dan waris

Untuk maklumat yang sahih BR1M 2018, sila rujuk kepada phamplet yang telah dikeluarkan dan diedarkan terus kepada semua penerima BR1M. Phamplet BR1M 2018 dalam PDF boleh dimuat turun di BR1M.

Kaedah Cara Pembayaran BR1M 2018

Berikut adalah kaedah pembayaran BR1M 2018 melalui beberapa kaedah pembayaran seperti berikut:-

1. Akaun Bank

Pembayaran akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank penerima untuk pemohon yang menyatakan no akaun bank semasa memohon.

2. Baucar BR1M

Pemohon yang tiada akaun bank akan menerima baucar bayaran BR1M. Ianya boleh ditunaikan di bank seperti Bank Simpanan Nasional (BSN), CIMB atau Maybank.

Senarai Bank Yang Terlibat Untuk Pembayaran BR1M 2018

AFFIN BANK

AGRO BANK

ALLIANCE BANK MALAYSIA BERHAD

AM BANK BERHAD

AL RAJHI BANK

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

BANK RAKYAT

MUAMALAT MALAYSIA BERHAD

BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

CIMB BANK BERHAD

CITIBANK BERHAD

HONG LEONG BANK

HONGKONG SHANGHAI BANK MALAYSIA BHD

MAYBANK

OCBC BANK

PUBLIC BANK BERHAD

RHB BANK BERHAD

STANDARD CHARTERED BANK MALAYSIA BHD

UNITED OVERSEAS BANK (MALAYSIA) BERHAD

Maklumat Semakan Status BRIM : Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Berikut dikongsikan cara membuat semakan keputusan permohonan BR1M 2018. Terdapat banyak kaedah semakan yang boleh digunakan dalam menyemak status permohonan bantuan.

Proses Verifikasi BR1M

Untuk makluman, maklumat permohonan akan disemak dengan beberapa agensi kerajaan. Dua belas (12) jabatan yang terlibat dalam proses verifikasi BR1M 2018 adalah seperti berikut :-

Suruhanjaya Syarikat Malaysia

Jabatan Pendaftaran Negara

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Termasuk Polis DiRaja Malaysia – PDRM)

Jabatan Pengangkutan Jalan

Angkatan Tentera Malaysia (ATM)

Jabatan Agama Islam Negeri

Kementerian Pendidikan Tinggi

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

Kumpulan Wang Persaraan

Kementerian Luar Negeri

Semakan Status BR1M 2018 Online Dan Manual (Keputusan Permohonan, Kemaskini Dan Rayuan)

Melalui MyBR1M online, pemohon boleh membuat semakan status secara atas talian atau online dengan mengikuti langkah-langkah semakan seperti berikut :-

i) Semak Status Melalui MyBR1M Online

Sila layari Menu MyBR1M di Portal Rasmi e-BR1M. Pemohon boleh membuat Semakan Status, Kemas Kini Permohonan, Cetakan Borang Permohonan, Peti Mel dan Maklum Balas di Laman MyBR1M.

Pilih menu MyBR1M

Masukkan No. Kad Pengenalan (K/P) – hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja. Contoh: 860424035123

Klik butang Log Masuk

Soalan Keselamatan akan dipaparkan jika data telah wujud.

Pemohon wajib menjawab 2 soalan keselamatan dengan betul sebelum dibenarkan masuk ke Laman MyBR1M.

Soalan dan jawapan bagi Soalan Keselamatan adalah berdasarkan maklumat permohonan terkini yang diisi oleh pemohon

Jika tidak yakin dengan jawapan soalan tersebut, sila pilih butang Tukar Soalan dan seterusnya memilih soalan lain

Setiap soalan hanya dibenarkan 3 kali percubaan menjawab sahaja.

ii) Berjaya Mengkases MyBR1M

Setelah pemohon berjaya mengkases MyBR1M, sila ikuti langkah berikut :-

Klik pada menu Semakan Status

Tekan butang Cetak Status Semakan untuk cetak semakan.

Klik butang Keluar untuk kembali ke Laman MyBR1M

iii) Status Permohonan BR1M 2018 Yang Terpapar

Berikut adalah diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-

Didaftarkan : Permohonan berdasarkan data BR1M 2017 yang belum dikemaskini

Diterima : Permohonan telah dikemaskini berdasarkan borang yang diterima

Dalam Proses : Permohonan dalam proses semakan dan verifikasi kelayakan

Ditangguhkan : Pemohon perlu membuatkemaskini maklumat permohonan semasa tempoh rayuan

Lulus : Permohonan telah diluluskan/ Berjaya

Tidak Lulus : Permohonan Tidak diluluskan/ Tidak berjaya

Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus gagal kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja

Untuk maklumat lanjut berkaitan soalan lazim yang ditanya, sila layari Panduan Pengguna MyBR1M.

Kaedah Lain Semakan Status BR1M 2018

Selain semakan status BR1M 2018 melalui MYBR1M online, pemohon juga boleh membuat semakan keputusan permohonan BRIM melalui kaedah berikut :-

i. Melalui Pos

Surat makluman keputusan permohonan BR1M akan dicetak dan diposkan mengikut alamat seperti di dalam Borang Permohonan BR1M

ii) Semakan Melalui e-Mail

Hantar email ke alamat br1m@treasury.gov.my untuk bertanyakan status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.

iii) Melalui Telefon

Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia adalah 03-8882 4565 / 03-8882 4566

Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716

Semakan hanya pada hari bekerja dari jam 900 pagi sehingga 500 petang

iv) Applikasi Mobile Semakan BR1M

Pilih Play Store atau App Store dan cari “Semakan BR1M’.

Cara Hubungi : Tarikh Pembayaran BR1M 2018

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan mengenai BR1M 2018, boleh hubungi:

Untuk sebarang pertanyaan mengenai BR1M, sila hubungi

1. Sekretariat BR1M

Pejabat Belanjawan Negara

Kementerian Kewangan Malaysia (MoF)

Presint 2, 65292 Putrajaya

2. Hotline BR1M LHDNM

1-800-88-2716

Waktu Operasi 900 pagi hingga 500 petang

3. Hotline BR1M MOF

03-8882 4565, 03-8882 4566

4. e-Mel

br1m@treasury.gov.my

5. Laman Web

https://ebr1m.hasil.gov.my/

Semoga perkongsian Tarikh Pembayaran BR1M 2018 Jadual Duit Masuk boleh dijadikan panduan buat semua penerima bantuan. Ingat, gunakan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia yang diperolehi dengan betul dan berhemah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! DD

Sumber: ManggaHijau.net